ⓘ Bencana alam

Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021

Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021 ialah sebuah kejadian gempa bumi berkekuatan 5.9 M w yang terjadi pada 21 Mei 2021, 19.09 WIB. Pusat gempa berada di kedalaman 110 kilometer dan berjarak 57 kilometer tenggara Kabupaten Blitar, Jawa Timur.

                                     

ⓘ Bencana alam

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka. Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.

Namun, bagi kawasan yang mudah diserang, kesannya tidak begitu besar sekiranya penduduk di situ mempunyai ketahanan terhadap bencana. Konsep ketahanan bencana merupakan penilaian kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mengesan, mencegah dan menangani tentangan serius yang tiba.

                                     
  • bencana merupakan impak suatu bahaya semula jadi atau buatan manusia yang memberikan kesan negatif kepada masyarakat atau alam semula jadi. Bencana alam
  • 2011 merupakan tahun yang banyak terjadinya bencana alam Ia telah melanda beberapa buah negara besar dunia seperti Jepun, New Zealand, Turki, Pakistan
  • Selepas berlakunya sesuatu bencana alam yang teruk, pengangkutan, komunikasi dan pergerakan akan menjadi terbatas dan sekiranya tiada langkah - langkah diambil
  • Banjir Angola, Namibia dan Zambia 2009 ialah suatu bencana alam yang mula berlaku pada awal Mac 2009 dan telah menyebabkan kematian sekurang - kurangnya
  • Bencana Kyshtym adalah sebuah kemalangan pencemaran radioaktif yang berlaku pada 29 September 1957 di Mayak, sebuah lokasi pengeluaran plutonium untuk
  • Tanah runtuh di Malaysia ialah bencana alam biasa di Malaysia yang berlaku di sepanjang lereng bukit dan lereng curam. 1 Mei 1961 - Tanah runtuh berlaku
  • biasanya mengalami pengalaman kehilangan bekalan tenaga, makanan, perkhidmatan, dan kenaikan risiko penyakit. Pengisytiharan kawasan bencana akan terbuka
  • Sekiranya melibatkan bencana alam operasi M&M merupakan salah satu unit yang bertindak pantas dalam operasi menyelamatkan mangsa bencana alam Unit tersebut
  • kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap
  • Pelancongan bencana Jawi: ڤلنچوڠن بنچان telah ditakrifkan sebagai amalan melawat lokasi - lokasi di mana bencana sama ada semula jadi atau buatan
  • bencana alam biasanya meminta bantuan Malaysia. Bantuan kewangan, pakaian, khemah dan makanan sahaja tidaklah mencukupi bagi membantu mangsa bencana alam