ⓘ Alam Komanwel

                                     

ⓘ Alam Komanwel

Alam Komanwel merujuk kepada sesebuah daripada 16 buah negara berdaulat dalam lingkungan Negara-negara Komanwel yang menjadikan Elizabeth II sebagai ratu masing-masing. Jumlah keluasan negara-negara ini berjumlah 18.8 juta km², dan jumlah penduduk sebanyak 129 juta. Negara-negara ini merupakan kerajaan yang bebas, dan raja itu merupakan raja setiap negara itu secara berasingan dan juga setara, tetapi negara-negara ini menjalin kesatuan peribadi sesama sendiri. Konsep ini disampaikan dalam pengisytiharan gelaran-gelaran baru Elizabeth II pada tahun 1952. Dalam setiap alam baginda dikenali dengan gelaran yang sesuai untuk alam itu. Contohnya di Barbados, baginda dikenali sebagai Her Majesty Queen Elizabeth II, Queen of Barbados, atau secara ringkasnya, Ratu Barbados.

Meskipun istilah "Dominion", sebagai satu gelaran, masih boleh digunakan untuk merujuk kepada mana-mana alam Komanwel selain United Kingdom, namun istilah "realm" kian menggantikannya sejak 1950-an. Kedua-dua istilah ini jelas ertinya dalam konteks Komanwel, namun, apabila perlunya untuk merujuk kepada alam-alam ini secara kolektif dalam konteks berlainan, maka alam-alam itu boleh dibezakan daripada alam-alam yang lain sebagai "alam Komanwel".

Setiap alam Komanwel merupakan ahli Negara-negara Komanwel, dan pada masa yang sama dibezakan daripada pertubuhan itu yang terbentuk daripada bekas negara jajahan British. Dalam lingkungan Komanwel, tidak terdapat perbezaan status antara alam Komanwel dan ahli Komanwel yang lain. Alam Komanwel tidak diwajibkan untuk kekal dalam pertubuhan Komanwel; sehingga kini tiada daripada 16 buah alam Komanwel meninggalkan pertubuhan tersebut.

                                     

1. Alam Komanwel kini

Di bawah Perlembagaan Kepulauan Cook 1981, Ratu dalam Hak New Zealand dijadikan ketua negara, tetapi apa-apa perubahan dalam pewarisan yang dilakukan oleh New Zealand tidak membawa apa-apa kesan di Kepulauan Cook melainkan diratifikasikan di sana secara berasingan. Kesannya, Kepulauan Cook dan Alam New Zealand menjalin kesatuan peribadi yang serupa kepada hubungan monarki di New Zealand kepada monarki United Kingdom selepas ratifikasi Statut Westminster pada tahun 1947.

                                     

1.1. Alam Komanwel kini Sistem kerajaan

Di luar United Kingdom, Ratu melantik seorang Gabenor Jeneral untuk memainkan peranan sebagai wakil naib diraja baginda. Dalam hampir kesemua alam ini, Gabenor Jeneral dilantik oleh Ratu atas nasihat Perdana Menteri negara masing-masing; di Kepulauan Solomon dan Tuvalu, Perdana Menteri perlu menasihati perundangan secara sulit. Di Papua New Guinea, Gabenor Jeneral dilantik oleh Ratu melalui undian parlimen.

Di United Kingdom, Ratu melantik Kaunselor Negeri untuk melaksanakan tugas baginda apabila baginda tidak hadir. Beliau juga diwakili oleh seorang Gabenor di setiap negeri di Australia, oleh Leftenan Gabenor di setiap wilayah di Kanada, dan oleh Wakil Ratu di Kepulauan Cook. Dalam kes-kes ini, baginda diwakili dalam peranan baginda sebagai Ratu dalam hak masing-masing Australia, Kanada, dan New Zealand.

Pegawai-pegawai ini melaksanakan hampir semua kuasa raja berperlembagaan dengan tugas-tugas yang kebanyakannya simbolik dan tidak berbentuk eksekutif, tetapi mereka juga memegang kuasa songsang yang bergelar Prerogatif Diraja.

                                     

2. Bekas Alam Komanwel

Berikutan kemerdekaan daripada United Kingdom, kebanyakan negara Komanwel mengekalkan Ratu sebagai ketua negara, meskipun ada yang menjadi republik merdeka dan ada yang lain di bawah naungan monarki tempatan. Lama-kelamaan, sesetengah alam Komanwel beralih ke sistem republik, lalu mengamalkan perlembagaan baru atau meluluskan pindaan perlembagaan yang menyingkirkan raja sebagai ketua negara, serta menggantikan Gabenor Jeneral dengan seorang presiden melalui undian atau perlantikan.

                                     

3. Pautan luar

  • The Commonwealth - laman web kerajaan UK
  • Laman web rasmi Urus Setia Komanwel

Komanwel

  • United Commonwealth Main all-Commonwealth group
  • Res Publica: The Commonwealth international anti-monarchy Web directory
  • Common Cause A Commonwealth Alliance of Republican Movements

Australia

  • No Republic - Australians for Constitutional Monarchy Pendukung sistem raja berperlembagaan sederhana
  • Australian Monarchist League Pendukung sistem raja berperlembagaan tradisional
  • Australian Republican Movement

Kanada

  • Laman web rasmi Monarki Kanada
  • Monarchist League of Canada
  • Citizens for a Canadian Republic
  • Canadian Monarchist ONLINE

New Zealand

  • Republican Movement of Aotearoa New Zealand
  • Monarchist League of New Zealand
                                     

4. Rujukan

  • V. Bogdanor, The Monarchy and the Constitution Oxford, 1995
  • P. McIntyre, "The Strange Death of Dominion Status", Journal of Imperial and Commonwealth History 27:2 1999 193-212
                                     
  •  Barbados 1966 Alam Komanwel Bahamas 1973 Alam Komanwel Grenada 1974 Alam Komanwel Dominica 1978 Saint Lucia 1979 Alam Komanwel Saint Vincent
  • Wangsa Windsor Inggeris: House of Windsor merupakan wangsa diraja bagi alam Komanwel Ia diasaskan oleh George V melalui pengisytiharan diraja pada 17 Julai
  • Asia dan Afrika. Kini, enam belas negara anggota merupakan alam Komanwel dengan Ketua Komanwel sebagai ketua negara. Lima negara yang lain mengamalkan pemerintahan
  • sebagai sebahagian daripada Alam Komanwel pada 9 Disember 1961 dan menjadi sebuah republik dalam Negara - Negara Komanwel setahun kemudian pada 9 Disember
  • Ross. Kawasan alam ini ditadbir oleh Gabenor Jeneral yang menjadi wakil kepada Ratu Ratu Elizabeth II, Ratu bagi negara Alam Komanwel sebagai ketua
  • Mary merupakan Ratu United Kingdom dan lima belas negara lain, iaitu Alam Komanwel Commonwealth Realm Di samping itu juga, baginda merupakan Ratu Kanada
  • di atas kepalanya. Kemahkotaan merupakan norma biasa perlantikan rasmi raja di Alam Komanwel Pertabalan raja British Pertabalan Yang di - Pertuan Agong
  • hari negara berkenaan menjadi republik termasuk negara - negara bekas alam Komanwel di mana ratu Britain menjadi ketua negara sehingga berubahnya status
  • Sukan Komanwel 1998 1998 Commonwealth Games dikenali secara rasmi sebagai Sukan Komanwel ke - 16 XVI Commonwealth Games merupakan temasya sukan yang
  • Inggeris: King s Official Birthday ialah hari yang terpilih di beberapa alam Komanwel iaitu hari keputeraan raja pemerintah diraikan secara rasminya di negera - negara