ⓘ Sistem koordinat geografi

Hospital Universiti Nasional

Hospital Universiti Nasional ialah sebuah hospital di Singapura yang ditubuhkan 1985. Hospital ini berfungsi sebagai hospital utama, pusat latihan klinis, dan pusat penyelidikan untuk fakulti kedoktoran dan kedoktoran pergigian dari Universiti Nasional Singapura. Hospital ini ialah anggota Sistem Kesihatan Universiti Nasional dan juga merupakan hospital pendidikan utama untuk Sekolah Kedoktoran Yong Loo Lin NUS. Di hospital ini, terdapat 1.160 kes yang dapat membantu lebih dari 670.000 pesakit menjalani rawatan dan 49.000 pesakit menerima rawatan luar. Tiga pusat kepakaran lain juga terlet ...

                                     

ⓘ Sistem koordinat geografi

Sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat dalam sistem koordinat sfera yang dijajarkan dengan paksi putar Bumi.

                                     

1. Dimensi pertama dan kedua: Latitud dan longitud

Meminjam daripada teori-teori Babylonia kuno yang kemudian dikembangkan oleh Ptolemy, pemikir dan ahli geografi Yunani yang termasyhur, satu bulatan penuh dibahagikan kepada 360 darjah 360°.

  • Longitud singkatan: Long. ialah sudut timur atau sudut barat pada pusat sistem kordinat di antara mana-mana titik di permukaan bumi dengan satah satu garis utara-selatan sembarangan di antara kedua-dua kutub geografi. Garis yang mengaitkan titik-titik yang terletak pada longitud yang sama dipanggil meridian. Kesemua meridian merupakan separuh bulatan gedang dan adalah tidak selari: mengikut takrif, kesemua garis ini bertemu di kutub-kutub utara dan selatan. Garis yang merentasi bekas Balai Cerap Diraja, Greenwich berhampiran dengan London di United Kingdom ialah Meridian Perdana, garis rujukan longitud-sifar antarabangsa. Meridian antipod Greenwich merupakan kedua-dua 180° B dan 180°T.
  • Latitud singkatan: Lat. ialah sudut pada pusat sistem koordinat di antara mana-mana titik di permukaan bumi dengan satah khatulistiwa. Garis yang mengaitkan titik-titik yang terletak pada latitud yang sama melakarkan bulatan-bulatan sepusat pada permukaan bumi, dan dipanggil keselarian. Setiap kutub ialah 90 darjah: kutub utama ialah 90° U, manakala kutub selatan ialah 90° S. Keselarian latitud 0° dipanggil "khatulistiwa", satu garis hayalan yang membahagikan bumi menjadi Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.

Dengan menggunakan kedua-dua sudut ini, kedudukan mendatar untuk mana-mana lokasi di Bumi boleh ditetapkan. Umpamanya, Baltimore, Maryland di Amerika Syarikat mempunyai latitud 39.3° Utara, dan longitud 76.6° Barat 39.3° U 76.6° B. Oleh itu, suatu vektor yang dilukis dari pusat bumi ke titik 39.3° di utara khatulistiwa dan 76.6° di barat Greenwich akan merentasi Baltimore.

"Jejaring" latitud/longitud dikenali sebagai gratikul garis unjur biasa. Terdapat juga gratikul melintang pelengkap iaitu gratikul yang dianjakkan sebanyak 90° supaya kutub-kutubnya terletak pada khatulistiwa mendatar, dengan kesemua trigonometri sfera akhirnya mendasarkannya.

Secara tradisi, darjah dibahagikan kepada minit 1/60 darjah yang diberikan simbol ′ atau "m" dan saat 1/60 minit yang diberikan simbol ″ atau "s". Terdapat beberapa format untuk darjah, dengan kesemuanya mengikut urutan Lat-Long yang sama:

  • DM Darjah:Minit 49°30.0-123d30.0m
  • DD Darjah Perpuluhan 49.5000°-123.5000d yang umumnya dinyatakan dalam 4 nombor perpuluhan.
  • DMS Darjah:Minit:Saat 49°3000"-123d30m00s

Untuk menukarkan format DM atau DMS kepada format DD, darjah perpuluhan = nombor bulat darjah + minit yang dibahagikan dengan 60 + saat yang dibahagikan dengan 3600. Format DMS merupakan format yang paling biasa, dan telah dijadikan piawai untuk semua carta dan peta, serta juga sistem-sistem penentududukan sejagat dan sistem-sistem maklumat geografi.

Khatulistiwa ialah satah asasi untuk semua sistem koordinat geografi. Semua sistem koordinat sfera mentakrifkan satah asasi masing-masing berdasarkannya.

Nilai-nilai latitud dan longitud boleh berdasarkan berbagai-bagai sistem geodesi atau datum yang berbeza. Yang paling umum ialah WGS 84 yang digunakan oleh semua kelengkapan GPS. Dengan kata yang lain, titik yang sama pada permukaan bumi boleh dihuraikan dengan menggunakan berbagai-bagai nilai latitud dan longitud yang berbeza, bergantung kepada datum rujukan yang digunakan.

Dalam perisian GIS yang popular, data latitud/longitudnya sering ditetapkan berdasarkan sebuah Sistem Koordinat Geografi. Umpamanya, data latitud/longitud yang berdasarkan Datum Amerika Utara 1983 dirujuk sebagai GCS Amerika Utara 1983.

                                     

2. Dimensi ketiga: Altitud, ketinggian, kedalaman

Untuk menetapkan sesuatu lokasi di permukaan bumi, dan di atas atau di bawahnya, sesorang harus juga menetapkan ketinggiannya yang ditakrifkan sebagai kedudukan tegak relatif lokasi tersebut dengan pusat sistem rujukan atau mana-mana takrif untuk permukaan bumi. Ini dinyatakan dari segi jarak tegak dari permukaan bumi tetapi oleh sebab terdapat kekaburan istilah "permukaan" dan "tegak", ia lebih biasanya dinyatakan secara relatif terhadap sesuatu datum yang ditakrifkan dengan lebih tepat, umpamanya min aras laut sebagai tingginya di atas min aras laut atau geoid model matematik untuk bentuk permukaan bumi. Jarak ke pusat bumi boleh dipergunakan untuk kedudukan-kedudukan yang amat dalam mahupun untuk kedudukan-kedudukan di ruang angkasa.

Istilah-istilah lain yang digunakan, berasaskan jarak sesuatu titik dari permukaan bumi atau datum yang lain, termasuk altitud, ketinggian, dan kedalaman.

                                     

3. Koordinat D,bucu keempat

Satelit-satelit geopegun umpamanya, satelit televisyen terletak di atas khatulistiwa. Oleh itu, kedudukan relatifnya dengan Bumi dinyatakan dalam darjah longitud. Latitudnya tidak berubah dan adalah sentiasa sifar di atas khatulistiwa.

                                     

4. Lihat juga

  • Sistem koordinat Mercator lintang semesta
  • Garisan Sartan
  • Sistem navigasi automotif
  • Unjuran peta
  • Garisan Jadi
  • Geokod
  • Sistem maklumat geografi GIS
  • Sistem Penentududukan Sejagat GPS
  • Jarak bulatan gedang, jarak yang paling pendek antara mana-mana dua titik di permukaan sfera.
  • Pertukaran koordinat geografi
  • Geo mikroformat - untuk perintah koordinat dalam XHTML
                                     
  • dimana ia adalah tamsilan kepada sistem koordinat geografi yang digunakan pada permukaan Bumi. Sistem - sistem koordinat hanya berbeza dalam pilihan pada
  • asas bagi topik ini, sila lihat Koordinat matematik Dalam matematik dan penerapan, sistem koordinat ialah sebuah sistem untuk memberikan jujukan terhingga
  • dengan koordinat geografi kedudukan dalam sistem koordinat galaksi mempunyai latitud dan longitud. ialah sistem koordinat samawi dalam koordinat sfera
  • adalah proses menemukan sistem koordinat geografi yang berkaitan sering dinyatakan sebagai latitud dan longitud daripada data geografi lain, seperti alamat
  • Sistem koordinat mengufuk merupakan sistem koordinat cakerawala yang menggunakan ufuk tempatan si pemerhati sebagai satah asasi. Sistem koordinat ini
  • tersebut dengan pusat sfera. Untuk sistem koordinat geografi Bumi, satah asasinya ialah khatulistiwa. Bagi sistem koordinat cakerawala pula, terdapat satah
  • Sistem maklumat geografi SMG atau GIS, singkatan geographic information system sains maklumat geografi atau kajian maklumat georuang ialah sistem
  • mengelakkan terkena kawasan daratan atau pulau. Semua 360 longitud sama besar. Sedangkan latitud tidak sama besar. Latitud Sistem koordinat geografi
  • keserongan lazimnya ditulis nilainya positif atau negatif. Sistem koordinat samawi Koordinat geografi Kedudukan matahari Bulatan tetapan Balai Cerap Tentera
  • dalam negeri di A.S. di Virginia. Sistem Maklumat Nama Geografi Tinjauan Geologi Amerika Syarikat: Clary, Virginia Koordinat 39 01 31 N 78 21 53 W 39
  • Karya yang Teragung Sila lihat: Sistem Ptolemy. Geografi yang merupakan perbincangan pengetahuan geografi mengenai dunia Yunani - Romawi. karya astrologi