ⓘ Budaya popular

Bulan dibuat dari keju hijau

Bulan dibuat dari keju hijau ialah sebuah frasa yang merujuk kepada kenyataan khayalan bahawa Bulan terdiri dari keju. Dalam rumusan awalnya sebagai peribahasa dan kiasan yang menjadi cikal bakal dari fabel tersebut, ini merujuk kepada sudut pandang penyederhanaan yang memandang pantulan Bulan di air dan menganggapnya sebagai roda keju bundar. Keyakinan tersebut menyebar sebagai cerita rakyat di beberapa budaya dunia, dan kenyataan tersebut juga ditemukan dalam cerita rakyat kanak-kanak dan budaya popular moden.

El Santo

El Santo ialah nama gelanggang Rodolfo Guzmán Huerta, seorang pegusti profesional dan pelakon Mexico. Beliau aktif dari tahun 1942 hingga 1982 terkenal dengan penampilan penuh megah dengan topeng peraknya yang turut memberi jolokan El enmascarado de plata, beliau menjadi salah satu petarung dalam sukan ini paling terhebat di Mexico dan dunia sehingga dianggap sebagai suatu adiwira dan menjadi suatu ikon budaya Mexico abad ke-20.

SolarCity

SolarCity Corporation ialah sebuah syarikat awam yang beribu pejabat di Fremont, California yang menjual dan memasang sistem tenaga suria dan produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan kepada pengguna kediaman, perindustrian, dan komersial umum. Syarikat ini ditubuhkan pada 4 Julai 2006 oleh Peter dan Lyndon Rive, sepupu Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Inc. Tesla memperoleh SolarCity pada tahun 2016, dengan kos kira-kira $ 2.6 bilion dan mengumpulkan perniagaan tenaga suria dengan Tesla Energy. SolarCity memberi tumpuan kepada penjualan dari pintu ke pintu dengan sistem penyewaa ...

Taksonomi rakyat

Taksonomi rakyat ialah sistem penamaan vernakular, yang berbeza dengan taksonomi saintifik. Pengelasan biologi rakyat adalah cara orang secara tradisional menggambarkan dan mengatur persekitaran semula jadi mereka/dunia di sekitarnya, biasanya menggunakan bentuk taksa seperti "pokok renek", "pepijat", "itik", "ikan" dan sejenisnya, atau kriteria ekonomi seperti "haiwan buruan" atau "haiwan pengangkut". Taksonomi rakyat dihasilkan dari pengetahuan sosial dan digunakan dalam pertuturan seharian. Ia dibezakan dari taksonomi saintifik yang mengaku terpisah dari hubungan sosial dan dengan itu o ...

Penyatuan Bulgaria dan Romania

Penyatuan Bulgaria dan Romania merupakan suatu usaha bagi menyatukan Bulgaria dan Romania menjadi satu negara, sama ada di bawah sebuah persekutuan, kesatuan peribadi atau konfederasi. Rancangan ini pernah diusulkan pada abad ke-19 dan ke-20, tetapi akhirnya menemui kegagalan. Gagasan ini pada mulanya memperoleh sokongan terutamanya di Bulgaria dan terdapat beberapa peluang untuk melaksanakannya. Cadangan tersebut biasanya diajukan oleh Bulgaria tetapi pihak Romania ingin memegang tampuk pemerintahan. Usaha ini akhirnya gagal disebabkan perbezaan budaya dan siasah di antara kedua-dua rakya ...

Kerana Korona

Kerana Korona ialah sebuah filem drama Malaysia 2021 arahan Kabir Bhatia dengan skrip ditulis oleh Natasha Azlan dan Shemad Al-Jufri terbitan Astro Shaw. Diinspirasikan daripada latar sebenar pandemik COVID-19 di Malaysia, ia dibintangi oleh Rashidi Ishak, Jalaluddin Hassan, Rita Rudaini dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 21 Januari 2021 di Astro First.

                                     

ⓘ Budaya popular

Budaya popular atau budaya pop merupakan keseluruhan sikap, buah fikiran, bayangan, sudut pandang, dan peristiwa yang berada dalam lingkungan budaya arus perdana, terutamanya budaya Barat pada pertengahan abad ke-20 dan kemunculan arus perdana globalisasi pada akhir abad ke-20 dan abad ke-21. Banyak dipengaruhi oleh media massa, koleksi buah fikiran ini meresap ke dalam kehidupan harian masyarakat. Kategori budaya pop yang paling biasa ialah: hiburan, sukan, berita, politik, fesyen/pakaian, teknologi, dan slanga. Budaya popular ternyata suatu cara untuk mempengaruhi sikap seseorang terhadap topik tertentu.

Budaya popular sering dilihat sebagai menjadi remeh-temeh dan pembodohan demi mencari penerimaan umum arus perdana. Hasilnya, budaya pop dilemparkan dengan kritikan berat daripada pelbagai sumber bukan arus perdana terutamanya daripada kumpulan agamawan dan budaya saingan yang menganggap budaya pop itu dangkal, memperalatkan pengguna, menggemparkan, dan/atau mencemarkan.

                                     

1. Sejarah dan pengertian

Terma "budaya popular" mula tercipta seawal abad ke-19. Secara tradisinya, budaya popular dikaitkan dengan pendidikan rendah dan kelas sosial bawahan, jauh berlawanan dengan "budaya rasmi" dan pendidikan tinggi yang diperoleh kelas sosial atasan.

Penekanan perbezaan "budaya rasmi" semakin ketara pada akhir abad ke-19, penggunaan yang mula berkembang pada era interbellum.

Sejak akhir Perang Dunia Kedua, perubahan budaya dan sosial secara besar-besaran berlaku dengan adanya inovasi media massa, makna budaya popular mula bertembung dengan budaya massa, budaya media, budaya bayangan, budaya pengguna, dan budaya untuk penggunaan massa. Perubahan budaya dan sosial di Amerika Syarikat menjadi peneraju budaya popular mendahului negara-negara Barat lain.

Singkatan terma "pop" untuk popular, sebagaimana bagi muzik pop, dapat dijejak mulai akhir 1950-an. Walaupun terma" pop" dan "popular" digunakan secara bersilangan, dan maksudnya bertembung, namun terma "pop" lebih sempit. Pop hanya spesifik kepada sesuatu yang mengundungi ciri-ciri tarikan massa, manakala "popular" merujuk kepada sesuatu yang telah meraih populariti, tanpa mengira gayanya.

Mengikut pengarang John Storey, terdapat enam pengertian bagi budaya popular. Pengertian kuantitatif bagi budaya popular menghadapi cabaran daripada budaya kelas atasan novel Jane Austen yang telah didramatasikan juga dianggap "popular." "Budaya popular" juga merujuk kepada budaya baki lebihan setelah ditentukan apakah itu budaya kelas atasan. Walau bagaimanapun, banyak karya yang merentangi sempadan tersebut, contohnya William Shakespeare dan Charles Dickens.

Pengertian ketiga menyamakan budaya pop dengan "budaya massa" dan sudut pandang massa. Ia dilihat dalam bentuk budaya komersial, dihasilkan secara besar-besaran untuk ditawarkan kepada media massa. Dari sudut pandang Eropah Barat, ia boleh dibandingkan dengan budaya Amerika. Sebagai pilihan, "budaya pop" bolehlah dirujuk sebagai budaya tulen "rakyat", namun ini meragukan kerana banyak cara boleh digunakan untuk mentakrifkan "rakyat". Storey berhujah bahawa terdapat dimensi politik kepada budaya popular; teori hegemoni neo-Gramscian". melihat budaya popular sebagai wadah perjuangan antara rintangan kumpulan bawahan dalam masyarakat dan tenaga perbadanan yang beroperasi demi kepentingan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat." Pendekatan pasca moden yang diambil ke atas budaya popular tidak lagi mengiktiraf perbezaan antara budaya kelas atasan dan budaya popular."

Storey mendakwa budaya popular muncul daripada urbanisasi Revolusi Perindustrian. Kajian Shakespeare meletakkan ciri-ciri kesegaran dalam penglibatan budaya popular Renaissance, manakala pengamal kontemporari seperti Dario Fo dan John McGrath menerapkan unsur Gramscian termasuklah tradisi cerita penglipur lara purba contohnya commedia dellarte.

Budaya popular mula berkembang mengikut tempat dan masa. Ia membentuk arus dan olakan, dan mewakili sudut pandang saling bergantung dan nilai yang mempengaruhi masyarakat dan institusinya dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, beberapa arus budaya pop mungkin berasal dari, atau mencapah kepada budaya saingan, mewakili sudut pandang dengan maksud budaya popular arus popular hanya memiliki kemesraan terbatas. Isi budaya popular biasanya menarik lingkungan masyarakat awam yang luas. Sumbangan kontemporari penting untuk memahami budaya popular telah dipelopori oleh penyelidik Jerman, Ronald Daus yang telah mengkaji kesan budaya Eropah di Amerika Utara, Asia, dan terutamanya Amerika Latin.

                                     

1.1. Sejarah dan pengertian Cerita penglipur lara

Adaptasi daripada cerita penglipur lara tradisi menyediakan sumber kepada budaya popular. Lapisan awal budaya arus perdana masih wujud sekarang, dalam bentuk terpisah daripada budaya popular yang dihasilkan secara massa, disampaikan dari mulut ke mulut berbanding melalui media massa, sebagai contoh lawak jenaka atau kisah dongeng. Dengan berleluasanya penggunaan Internet mulai tahun 1990-an, perbezaan antara media maasa dan buah mulut semakin kabur.

Walaupun elemen cerita penglipur lara dalam budaya popular berkait rapat dengan elemen komersial, masyarakat awam masih memiliki selera tersendiri dan tidak terpesona dengan setiap item budaya yang dijual. Lebih-lebih lagi, kepercayaan dan pandangan terhadap produk budaya komersial yang tersebar dari mulut ke mulut, dan diubahsuai dalam proses sepertimana cerita penglipur lara berevolusi.

                                     
  • perbezaan berasaskan kelas di antara budaya elit sosial yang tinggi dan kebudayaan rendah, budaya popular atau budaya rakyat kelas rendah, dibezakan oleh
  • Sains popular ialah jambatan antara literatur saintifik sebagai perantara penyelidikan saintifik profesional, dengan dunia wacana politik dan budaya popular
  • Gambaran budaya terhadap anjing menganjur seawal 4500 SM semasa anjing digambarkan di dinding gua. Perwakilan anjing dalam seni menjadi lebih terhurai
  • Penduduk asli Taiwan juga mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Kesenian, tradisi moyang, dan budaya popular merangkumi corak pelbagai motif beasaskan
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke - 31 ialah anugerah yang diberikan untuk penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke - 31
  • digunakan dalam banyak aspek budaya Melayu. Syair adalah satu lagi bentuk naratif, sekali sangat popular Bentuk Hikayat tetap popular dan pantun telah tersebar
  • hubung kait antara budaya rakyat dan mitos. Adrienne Mayor, Bibliography of Classical Folklore Scholarship: Myths, Legends, and Popular Beliefs of Ancient
  • Kebudayaan Cina Cina: 中华文化 ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5, 000 tahun. Negara China
  • independent bebas, merupakan berkenaan trend yang dilihat dalam muzik, filem dan budaya kecil yang berkembang pada akhir kurun ke - 20. Takrifan yang lebih umum perkataan
  • bertentangan persimpangan yang sama. Istilah budaya kopi juga digunakan dalam media perniagaan yang popular untuk menerangkan kesan mendalam penembusan
  • 2020. Budiey 7 Oktober 2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH edisi ke - 33 dalam budaya norma baharu Sensasi Selebriti. Diarkib daripada
  • Budaya India dicirikan dengan sinkretisme yang tinggi dan kemajmukan budaya Budaya India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi